:: FOLLOW FB >> Poknik TheHorseman ::

:: TV@TM Ekuin

.

.

:: SEDUTAN FB "Poknik TheHorseman" ::

:: STCEC NOVEMBER HORSESHOW 2016 ::

Khamis, 14 Januari 2016

:: #16 TERAPI BERKUDA.. KHIDMAT MASYARAKAT YANG PERLU DICEBURI ::

oleh: Poknik TheHorseman

BILAMANA kita memperkatakan tentang komuniti kita (Komuniti Peminat Sukan Berkuda), kita tidak boleh lari dari turut sama memperkatakan atau membincangkan tentang apakah peranan dan sumbangan kita kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Selain memenuhi keinginan dan minat yang mendalam terhadap sukan berkuda, kita juga sepatutnya punyai tujuan yang boleh mendatangkan faedah atau nilai tambah apabila menjerumuskan diri ke bidang ini. Dengan erti kata lain, kita perlu mampu untuk menyumbang kepada masyarakat.

Salah satu cara sumbangan yang kita boleh kembalikan kepada masyarakat dan tanpa mengganggu minat yang mendalam kita terhadap kuda adalah melaksanakan program TERAPI BERKUDA kepada mereka yang memerlukan khususnya KANAK-KANAK ISTIMEWA.

TERAPI BERKUDA sebenarnya merupakan pendekatan yang amat berkesan untuk meningkatkan kadar penyembuhan dan pergerakan bagi kanak-kanak istimewa. Aktiviti terapi berkuda juga dilihat mampu merangsang minda kanak-kanak OKU untuk berhadapan dengan masyarakat luar.  

sekadar HIASAN

Tiada ulasan: