:: FOLLOW FB >> Poknik TheHorseman ::

:: TV@TM Ekuin

.

.

:: SEDUTAN FB "Poknik TheHorseman" ::

:: STCEC NOVEMBER HORSESHOW 2016 ::

Ahad, 30 Oktober 2016

:: #18 KERJA RIKI TREK ANAK KAMPUNG SEJAUH 30 KM: KG MANAL - BUKIT KECHIK - KG MANAL 3 ::

TM EKUIN cuba mempelbagaikan aktiviti sukan berkuda dengan usaha untuk mengetengahkan disiplin TRAIL RIDE sebagai salah satu alternatif disamping disiplin-disiplin sukan berkuda lainnya termasuk endurance, racing dan sebagainya.

Untuk tujuan itu, bermula 25 Oktober 2016 lepas Poknik bersama seorang lagi teman (Along) telah memulakan kerja-kerja riki trek sejauh kurang lebih 30KM, yang bermula dari perkarangan Masjid Tok Guru Kg Manal 3, Tanah Merah, Kelantan. Trek yang kami cuba wujudkan ini hanya akan digunakan untuk tujuan santai sahaja, tidak akan digunakan sebagai trek sebarang pertandingan dalam masa terdekat.

Kerja-kerja riki trek ini terbahagi kepada 6 fasa keseluruhannya, dan sehingga 29 Oktober 2016 kami telah berjaya melaksanakan kerja-kerja riki dan jejak tanda trek kira-kira 70% ( sekarang kami berada 50% di Fasa 5). 

Trek yang kami namakan sebagai TREK ANAK KAMPUNG ini bakal menghadirkan cabaran minda dan fizikal buat penunggang di mana kami cuba gabungkan beberapa elemen atau bentuk muka bumi bagi memastikan trek ini menarik dan memberi kepuasan disiplin Trail Ride yang sebenar. Trek Anak Kampung ini bakal menyusuri tebing sungai, kebun getah dan kelapa sawit, denai-denai pemancing, malah ada sebahagiannya perlu mengharungi sungai kira-kira 300 meter.

 Cadangan Tapak Perkhemahan (sebelah sungai)
 Antara trek di tebing Sungai Manal

 GPS sementara pada motor penjejak..hehe

 Antara trek ladang sawit
 Kawasan 'Larangan'.. ngeh ngeh ngehh...
 Trek dalam kebun getah...
 Gadget terkini banyak bantu kami riki trek, walaupun
still sesat.

 kami riki berdua aje... kalau sesat takde la panik sgt..
 Antara pemandangan unik yang terdapat di trek.
Dua bukit dari dua Daerah/Jajahan yang berbeza.

Tiada ulasan: