:: FOLLOW FB >> Poknik TheHorseman ::

:: TV@TM Ekuin

.

.

:: SEDUTAN FB "Poknik TheHorseman" ::

:: STCEC NOVEMBER HORSESHOW 2016 ::

Memaparkan catatan dengan label TM RIDE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TM RIDE. Papar semua catatan

Isnin, 1 Februari 2016

:: #17 (CADANGAN) TM RIDE 2016: 30KM HORSEBACK TRAIL RIDING ::

SEBAGAI meraikan dan menghargai penat lelah teman-teman Ekuin didalam mempromosikan sukan sunnah berkuda samada secara langsung atau tidak, TM EKUIN dengan bangganya ingin mengumumkan bahawa kami BERCADANG untuk menganjurkan "TM RIDE 2016: 30KM HORSEBACK TRAIL RIDING", dijangkakan pada MAC 2016 ini (musim cuti sekolah), dan meletakkan sasaran 300 orang penunggang dan kuda dari seluruh negara turun menyertai acara ini.

TM RIDE 2016: 30KM HORSEBACK TRAIL RIDING yang julung-julung kali diadakan di Kelantan ini bakal merentasi perjalanan berkuda sejauh 30 Kilometer atau lebih, merentasi kampung-kampung tradisi, lembah dan pinggiran sungai, kebun getah, dan juga ladang kelapa sawit serta penempatan terancang Peneroka FELDA.
Jika acara ini dapat direalisasikan, InsyaALLAH pelepasan akan diadakan di Pusat Bandar TANAH MERAH, KELANTAN (Padang Merdeka Tanah Merah), dan para peserta akan melalui jalan-jalan dalam Bandar Tanah Merah yang terpilih, menuju ke Tapak Mula Trail Riding di Kg Padang Che Minah, Tanah Merah. Bermula di Kg Padang Che Minah inilah, para peserta akan dibawa untuk menikmati panorama alam sekitar dan perkampung, melalui sungai dan sebagainya menuju ke Rancangan FELDA Kemahang 1 (Padang Awam), dimana sambutan luar biasa hebat akan dirancang di sana.

Di FELDA Kemahang 1, para peserta akan bermalam secara samada berkhemah, homestay atau tinggal dengan keluarga-keluarga angkat, dan pada sebelah malamnya para peserta akan disajikan dengan persembahan kebudayaan Kelantan dan Majlis Ramah Mesra bersama penduduk. 

Untuk memastikan kejayaan luar biasa bagi program ini, TM EKUIN berhasrat untuk menjalinkan kerjasama strategik dengan pihak-pihak seperti Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Cawangan Kemahang 1, JKKR dan Pihak Pengurusan Kemahang 1, Pihak Kerajaan Negeri Kelantan, Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC), KEMAHANGcare, dan badan-badan korporat dimana pra-mesyuarat dijangka akan dilangsungkan dalam masa terdekat dengan wakil-wakil terlibat.

Untuk maklumat terkini berkenaan acara TM RIDE 2016: 30KM HORSEBACK TRAIL RIDING ini, tuan/puan para teman-teman ekuin boleh ikutinya di facebook kami https://www.facebook.com/tmekuin . Terima kasih.

"SUKAN BERKUDA SUKAN SUNNAH"

Perkampungan Tradisi ( sekadar hiasan ).

 Antara Checkpoint yang dijadikan persinggahan

 Antara Laluan melalui Kebun Getah

 Aktiviti Perkhemahan (gambar hiasan) 

 Persembahan Rebana Ubi.. Tradisi Unik Kelantan

 Kumpulan Dikir Barat bakal menghiburkan peserta.

 Persembahan Kertok

 Persembahan Muay Thai 

 Silat.. antara persembahan yang dirancang.

 Laluan yang bakal dilalui penunggang di Kemahang 1

Antara laluan di Ladang Kelapa Sawit


Isnin, 11 Januari 2016

:: #10 TERHUTANG ACARA 30KM HORSEBACK TRAIL RIDING ::

TM EKUIN masih berhutang dgn teman2 ekuin/peminat sukan berkuda acara 30km HORSEBACK TRAIL RIDING yg sepatutnya kami anjurkan penghujung 2015, tetapi terpaksa ditunda akibat cuaca tidak mengizinkan.. Kita tengok ruang yg ada nanti, bila dh ada tarikh sesuai, akan kami umumkan secara rasmi. tq

LIKE PAGE: Tanamera Equine Park - TEP


sekadar Hiasan

Selasa, 19 Mei 2015

:: #09 KEJOHANAN SUKAN BERKUDA "TM RIDE 2015": Moga Kali Ni Jadi Kenyataan.. hehe ::


ALHAMDULILLAH.. TM EKUIN telah diberi kepercayaan dan amanah oleh YB Dato' Dr Ab Fattah Hj Mahmood selaku Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal sukan untuk menganjurkan satu siri Kejohanan Sukan Berkuda peringkat Tanah Merah yang dikenali sebagai TM RIDE 2015. 

Pada dasarnya kami belum lagi menyatakan kesanggupan secara bertulis memandangkan kekangan dari segi tenaga kerja dan sebagainya. Namun, kami akan cuba galas kepercayaan dan amanah yang diberikan ini demi kemajuan sukan berkuda di Negeri Kelantan. Harap kali ini tidak banyak 'insiden' yang diluar jangka seperti tahun lepas, terutamanya pertindihan JADUAL KEJOHANAN dan cuaca yang tidak mengizinkan. 


Khamis, 29 Mac 2012

:: #02 PETA LOKASI TREK LUMBA KUDA BUKIT PANAU ::

BERIKUT MERUPAKAN PETA LOKASI TREK LUMBA KUDA BUKIT PANAU UNTUK "KEJOHANAN SUKAN BERKUDA TANAH MERAH 2012 - Siri 1" YANG BAKAL BERLANGSUNG PADA 13 APRIL 2012.