:: FOLLOW FB >> Poknik TheHorseman ::

:: TV@TM Ekuin

.

.

:: SEDUTAN FB "Poknik TheHorseman" ::

:: STCEC NOVEMBER HORSESHOW 2016 ::

Isnin, 11 Januari 2016

:: #10 TERHUTANG ACARA 30KM HORSEBACK TRAIL RIDING ::

TM EKUIN masih berhutang dgn teman2 ekuin/peminat sukan berkuda acara 30km HORSEBACK TRAIL RIDING yg sepatutnya kami anjurkan penghujung 2015, tetapi terpaksa ditunda akibat cuaca tidak mengizinkan.. Kita tengok ruang yg ada nanti, bila dh ada tarikh sesuai, akan kami umumkan secara rasmi. tq

LIKE PAGE: Tanamera Equine Park - TEP


sekadar Hiasan

Selasa, 19 Mei 2015

:: #09 KEJOHANAN SUKAN BERKUDA "TM RIDE 2015": Moga Kali Ni Jadi Kenyataan.. hehe ::


ALHAMDULILLAH.. TM EKUIN telah diberi kepercayaan dan amanah oleh YB Dato' Dr Ab Fattah Hj Mahmood selaku Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal sukan untuk menganjurkan satu siri Kejohanan Sukan Berkuda peringkat Tanah Merah yang dikenali sebagai TM RIDE 2015. 

Pada dasarnya kami belum lagi menyatakan kesanggupan secara bertulis memandangkan kekangan dari segi tenaga kerja dan sebagainya. Namun, kami akan cuba galas kepercayaan dan amanah yang diberikan ini demi kemajuan sukan berkuda di Negeri Kelantan. Harap kali ini tidak banyak 'insiden' yang diluar jangka seperti tahun lepas, terutamanya pertindihan JADUAL KEJOHANAN dan cuaca yang tidak mengizinkan. 


Ahad, 8 Mac 2015

:: #08 27 FEB 2015: 30KM Horseback's Trail Riding@Bukit Gading, Tanah Merah ::

Tanggal 27 Februari 2015 (Sabtu), kami sempat luangkan masa utk cuba menyusuri trail riding track sepanjang kira-kira 30Km (pergi balik), melalui suasana kampung, tepi sungai dan kebun getah serta kelapa sawit. Cukup menghiburkan.. dan menenangkan... Disini kami kongsikan sedikit gambar sepanjang acara tersebut. Kpd ekuin yg nak cuba rasa pengalaman trail riding bersama kami, boleh hubungi 012 982 8880 pada kadar bayaran yang berpatutan.





Khamis, 3 Mei 2012

:: #07 PERTANDINGAN KUDA CANTIK TERBUKA TANAH MERAH 2012 - Sempena Karnival Pelancongan ::

:: TARIKH: 12 MEI 2012 (SABTU)

:: MASA: Pendaftaran (12:00 - 1:30 ptg) Pertandingan ( 2:00 - 5:30 Ptg)
:: TEMPAT: Padang Majlis Daerah Tanah Merah
:: KATEGORI: Arab, Bimo, KKA, KKB, Padi A, Padi B & Padi C

:: YANG DINILAI:
1) Hiasan Pada Kuda, 2) Pakaian Joki, 3) Kekemasan, 4) Pergerakan Kuda
5) Kesihatan Kuda, 6) Kebersihan Kuda, 7) Kepatuhan kuda kpd arahan
8) kebolehan kuda menyiapkan tugasan dlm masa yang ditetapkan..

:: RM 5,000 HADIAH KESELURUHAN UNTUK DIMENANGI

:: ACARA SAMPINGAN:
1) OLEK TONG DRAM
2) PERTANDINGAN BALING LADAM
3) PAMERAN KUDA
4) KERETA KUDA
5) SESI BERGAMBAR BERSAMA KUDA
6) MENUNGGANG KUDA

:: UNTUK KETERANGAN LANJUT, SILA HUBUNGI:-
~ 019 964 2332 (MAN)
~ 0111 697 2414 (LAN)
~ 014 515 9879 (POKPIK)
~ 013 275 0934 (ROZI)

Isnin, 23 April 2012

:: #06 ANTARA AKTIVITI TM EKUIN ::

Berikut merupakan antara aktiviti yang kami susun untuk ahli-ahli TM EKUIN..



Horseback Trail Riding



Peserta Trail Ride


Rider Anak Kampung, cara kampung, aura kampung.


Kejohanan Sukan Berkuda Kategori Racing



Kejohanan Sukan Berkuda Kategori Racing dianjurkan
secara dwi-tahunan.









:: #05 TAHNIAH & TERIMA KASIH YB DATO ABD FATTAH MAHMOOD SERTA SELURUH AJK KEJOHANAN ::

Presiden & Seluruh Ahli Jawatankuasa Penaja

Kelab Penggerak Sukan Berkuda Tanah Merah (TM EKUIN)

mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih buat

YB Dato Hj Abd Fattah Hj Mahmood
(Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO Negeri Kelantan)
merangkap ADUN Bukit Panau
 serta seluruh Ahli Jawatankuasa Kerja,
yang telah bertungkus lumus menjayakan

Kejohanan Sukan Berkuda Tanah Merah 2012

yang berlangsung dengan jayanya pada
13 April 2012 lepas.


"ILMU AMAL"

Sabtu, 7 April 2012

:: #04 INFO ASAS "KEJOHANAN SUKAN BERKUDA TANAH MERAH 2012 - SIRI 1" ::

:: KATEGORI DIPERTANDINGKAN
~ Semua Kategori ( Bimo, KK A, KK B, Padi A, Padi B, Padi C )

:: HADIAH KEJOHANAN UNTUK SETIAP KATEGORI
~ Pertama (RM350), Kedua (RM250), Ketiga (RM150), Ke-4 hingga Ke-6 (RM100)

:: JARAK TREK
~ 1 Pusingan 600 Meter.

:: YURAN PENDAFTARAN
~ Bimo, KK A & KK B = RM 40.00/kuda
~ Padi A, Padi B & Padi C = RM 30.00/kuda

:: WAKTU PENDAFTARAN & PENGUKURAN
~ 8.30 - 9.30 Pagi

:: CARA PENGUKURAN
~ Pengukuran dibuat secara SORONG, bukan secara LETAK.

:: MAKLUMAT LANJUT
~ Ramlan (0195513346), Rozi (0132750934), Man (0199642332)

:: #03 RACE 13 APRIL DIBATALKAN ADALAH BERITA PALSU ::



MUNGKIN disebabkan "Kejohanan Sukan Berkuda Tanah Merah 2012 - Siri 1" mula menggamit penyertaan yang amat memberangsangkan, ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan dakwaan palsu bahawa kejohanan 13 April di Trek Lumba Kuda Bukit Panau telah dibatalkan.


Dikesempatan ini, suka admin tegaskan bahawa berita pembatalan kejohanan ini adalah DAKWAAN PALSU SEMATA-MATA. Alhamdulillah, pihak Pengurusan Kelab telah berjaya mengenalpasti individu yang bertanggungjawab menyebarkan khabar angin tidak berasas ini.


Kejohanan Sukan Berkuda Tanah Merah 2012 - Siri 1 akan berlangsung seperti yang telah dirancangkan.

Khamis, 29 Mac 2012

:: #02 PETA LOKASI TREK LUMBA KUDA BUKIT PANAU ::

BERIKUT MERUPAKAN PETA LOKASI TREK LUMBA KUDA BUKIT PANAU UNTUK "KEJOHANAN SUKAN BERKUDA TANAH MERAH 2012 - Siri 1" YANG BAKAL BERLANGSUNG PADA 13 APRIL 2012.