:: FOLLOW FB >> Poknik TheHorseman ::

:: TV@TM Ekuin

.

.

:: SEDUTAN FB "Poknik TheHorseman" ::

:: STCEC NOVEMBER HORSESHOW 2016 ::

Selasa, 12 Januari 2016

:: #13 TAHUKAH ANDA.. KEDUDUKAN TELINGA DAN EKOR PENUNJUK KEMARAHAN KUDA ::

TAHUKAH ANDA.. Tanda-tanda kemarahan kuda terpamer pada beberapa anggota badan kuda itu sendiri, atau dengan lebih tepatnya ditunjukkan melalui perlakuan dan bahasa badan (body language nya) yang tersendiri. Dalam kes ini, dua anggota badan yang paling sinonim dalam mengenalpasti kemarahan kuda adalah keadaan kedudukan TELINGA & EKOR:

TELINGA MENGARAH KE DEPAN (TENANG & INGIN TAHU)
Bilamana kedudukan telinga seakan mengarah ke depan menunjukkan bahawa kuda tersebut berada dalam keadaan selesa dan tenang. Tanda ini juga menunjukkan perasaan ingin tahu yg tinggi ada pada kuda tersebut.

TELINGA MENGARAH KE BELAKANG (TERGANGGU & TIDAK SELESA)
Kedudukan telinga yang mengarah ke belakang menunjukkan kuda tersebut mula rasa terganggu dan tidak selesa dengan keadaan sekitarnya. Ketidakselesaan dan kacau ganggu ini akan mula membangkitkan rasa marah kuda.


TELINGA RAPAT KE LEHER (RASA TIDAK SELAMAT)
Kuda akan merapatkan telinganya ke leher (belakang tengkok) apabila rasa terancam dan tidak selamat. Sebetulnya bila kuda berkeadaan begini (telinga rapat ke leher), agak tidak selamat untuk kita mendekatinya lebih2 lagi bagi individu yang baru berjinak2 dengan haiwan ini.

EKOR DIRAPATKAN KE CELAH KEDUA-DUA PEHA (SEDIA BERTINDAK)
Sesudah telinganya di rapatkan ke leher, dan kuda masih rasa terancam dan tidak selamat, ia akan mula mengambil langkah2 perlu. Ekor yang dirapatkan ke celah kedua-dua peha menunjukkan kadar kemarahan kuda pada waktu itu berada di kemuncak, dan bersedia untuk bertindak pada bila-bila masa terhadap ancamannya itu. Paling biasa dilakukan pada waktu2 getir begini ialah kuda akan menendang dengan kedua-dua kaki belakangnya atau cuba untuk mengigit.

Poknik TheHorseman

*gambar sekadar HIASAN. Cuba perhatikan kedudukan telinga kuda2 dlm gambar.



Tiada ulasan: