:: FOLLOW FB >> Poknik TheHorseman ::

:: TV@TM Ekuin

.

.

:: SEDUTAN FB "Poknik TheHorseman" ::

:: STCEC NOVEMBER HORSESHOW 2016 ::

Memaparkan catatan dengan label EQUINEinfo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label EQUINEinfo. Papar semua catatan

Rabu, 2 November 2016

:: #22: CIRI-CIRI KUDA YANG PATUT DIMILIK MENGIKUT ISLAM (HR. NASAI) ::

Oleh: Poknik TheHorseman

KUDA merupakan antara haiwan istimewa yang disebut di dalam Al-Quran dan Hadith. Peranan kuda begitu penting dan sinonim terutama di awal kebangkitan Islam. Malah Allah SWT telah mengkhususkan 1 ayat untuk memperkatakan tentang kuda melalui Surah Ke 100, Al A'diyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang).


Ramai yang tertanya-tanya, apakah ciri-ciri yang patut ada pada seekor kuda mengikut pandangan Islam (Al Quran dan Hadith)..? Hasil rujukan dan semakan Poknik TheHorseman, berikut merupakan antara ciri-ciri yang perlu ada pada seekor kuda sepertimana yang digambarkan oleh Hadith Riwayat Nasai (HR Nasai):-


      1. Kuda hitam kemerah-merahan yang dahinya berwarna putih atau
          blonde di dahi dan kaki berwarna putih.

      2. Kuda hitam yang dahi dan kakinya berwarna putih.

 sumber: www.mutiarahadith.com


Selasa, 1 November 2016

Isnin, 31 Oktober 2016

:: #20: PENGUKURAN KETINGGIAN KUDA / HORSE HEIGHT MEASUREMENT ::

Oleh Poknik TheHorseman

RAMAI masih tertanya-tanya bagaimana cara untuk mengukur ketinggian kuda? Apakah sukatan/nilaian yang digunakan? dan Apakah perbezaan ketinggian antara baka-baka kuda biasa yang terdapat di dunia.

Secara umumnya, terdapat beratus baka kuda (horse breed) di dunia ini, yang mempunyai ciri fizikal dan anatomi yang agak berbeza dan saiz ketinggian yang berbeza.


Berikut Poknik kongsikan cara untuk mengetahui atau mengukur ketinggian kuda, ukuran atau nilaian yang digunakan, serta perbezaan ketinggian antara baka-baka kuda biasa yang terdapat di dunia.


Sumber: HorseChannel.com

Ada beberapa fakta penting yang perlu kita semua penggiat sukan berkuda tahu khususnya bagi yang baru berjinak dengan sukan ini, iaitu:-

1. Ketinggian kuda diukur dari top withers nya (sila rujuk grafik), dan bukannya dari kepala.
2. Unit ukuran yg digunakan dlm mengukur ketinggian kuda adalah HAND atau hh.
3. 1 hand@1hh bersamaan dgn 4 inci. Bermakna jika kuda tinggi 15hh
    (15hh x 4 inci ) = 60 inci @ 1.52M
4. Kuda berketinggian 38 inci & KE BAWAH (9.5hh) dikategorikan sbg MINIATURE
    HORSE.

Untuk lebih memahami cara pengukuran ketinggian kuda, sila ikuti video berikut:-



Khamis, 14 Januari 2016

:: #15 SISTEM RANGKA KUDA YANG KITA PERLU TAHU ::

SEBAGAI pemilik / peminat sukan berkuda, beberapa perkara asas tentang kuda yang kita perlu ambil tahu. Antaranya ialah SISTEM RANGKA KUDA itu sendiri. Berikut merupakan gambarajah yang boleh menerangakan tentang kedudukan dan keadaan SISTEM RANGKA KUDA :-


Selasa, 12 Januari 2016

:: #13 TAHUKAH ANDA.. KEDUDUKAN TELINGA DAN EKOR PENUNJUK KEMARAHAN KUDA ::

TAHUKAH ANDA.. Tanda-tanda kemarahan kuda terpamer pada beberapa anggota badan kuda itu sendiri, atau dengan lebih tepatnya ditunjukkan melalui perlakuan dan bahasa badan (body language nya) yang tersendiri. Dalam kes ini, dua anggota badan yang paling sinonim dalam mengenalpasti kemarahan kuda adalah keadaan kedudukan TELINGA & EKOR:

TELINGA MENGARAH KE DEPAN (TENANG & INGIN TAHU)
Bilamana kedudukan telinga seakan mengarah ke depan menunjukkan bahawa kuda tersebut berada dalam keadaan selesa dan tenang. Tanda ini juga menunjukkan perasaan ingin tahu yg tinggi ada pada kuda tersebut.

TELINGA MENGARAH KE BELAKANG (TERGANGGU & TIDAK SELESA)
Kedudukan telinga yang mengarah ke belakang menunjukkan kuda tersebut mula rasa terganggu dan tidak selesa dengan keadaan sekitarnya. Ketidakselesaan dan kacau ganggu ini akan mula membangkitkan rasa marah kuda.


TELINGA RAPAT KE LEHER (RASA TIDAK SELAMAT)
Kuda akan merapatkan telinganya ke leher (belakang tengkok) apabila rasa terancam dan tidak selamat. Sebetulnya bila kuda berkeadaan begini (telinga rapat ke leher), agak tidak selamat untuk kita mendekatinya lebih2 lagi bagi individu yang baru berjinak2 dengan haiwan ini.

EKOR DIRAPATKAN KE CELAH KEDUA-DUA PEHA (SEDIA BERTINDAK)
Sesudah telinganya di rapatkan ke leher, dan kuda masih rasa terancam dan tidak selamat, ia akan mula mengambil langkah2 perlu. Ekor yang dirapatkan ke celah kedua-dua peha menunjukkan kadar kemarahan kuda pada waktu itu berada di kemuncak, dan bersedia untuk bertindak pada bila-bila masa terhadap ancamannya itu. Paling biasa dilakukan pada waktu2 getir begini ialah kuda akan menendang dengan kedua-dua kaki belakangnya atau cuba untuk mengigit.

Poknik TheHorseman

*gambar sekadar HIASAN. Cuba perhatikan kedudukan telinga kuda2 dlm gambar.



:: #12 TOP TEN KUDA LUMBA YANG MENJADI LAGENDA DUNIA ::

 #1 Man O' War

 #2 Seabiscuit

 #3 Citation

 #4 Secretariat

 #5 Smarty Jones

 #6 Barbaro

 #7 Affirmed

 #8 War Admiral

 #9 John Henry

#10 Phar Lap

:: #11 KENALI BAKA-BAKA KUDA TERKENAL DUNIA ::